Friday, December 28, 2012

Kuasa Mutlak Suami

Assalamualaikum.
Hello lovelies..
Apabila si lelaki menyebut, ‘Aku terima nikahnya…’ maksud terselit adalah, ‘aku akan bertanggungjawab dan menanggung sepenuhnya ke atas dirinya (isteri), dosa dan pahala yang di buat, makan dan minumnya, perangai baik dan buruknya’.
Apabila seorang perempuan bernikah, tanggungjawab ayah terus lepas ke bahu suami. Means, suami ada kuasa mutlak sepenuhnya ke atas isteri.
Antara keluarga dan suami, kena dahulukan suami. Antara mak dan ayah, kena dahulukan suami. Kalau suami kata tak boleh balik ke rumah mak ayah, tak boleh la kita balik.
Tapi, tapi… si suami kena ingat, mak dan ayah mentua levelnya SAMA dengan mak ayah sendiri. Suami kena hormat mak ayah mentua, SAMA dengan hak hormat dengan mak dan ayah sendiri. Jadi, wajarkah suami tak bagi isteri pulang ke rumah mak ayah dia sendiri?
Adik beradik isteri adalah adik beradik suami. Baik buruk adik beradik isteri, suami kena terima.
Kadang kadang sedih bila tahu ada lelaki yang ambil kesempatan dengan kuasa mutlak ni. Fikir untuk kegunaan sendiri sahaja. Padahal Allah bagi supaya lelaki mampu kendalikan 3 buah keluarga dengan baik; keluarga sendiri, keluarga mak ayah dia, dan keluarga mak ayah mentua. Hanya kerana kecil hati dengan teguran, terus buat taklik kat isteri, andai pergi  jumpa mak dan ayah, jatuh talak. Dayus betul.
Begitu juga isteri, mak dan ayah mentua sama level dengan mak ayah sendiri. Of course la, tak boleh la nak melawak bodoh macam kita bergurau dengan mak ayah sendiri. Tapi level hormat, jaga diorang, jaga hati mereka, itu jadi tanggungjawab isteri juga.
Kenapa perlu ada rasa tak best bila mak mentua panggil suami bila diperlukan? Kenapa perlu ada rasa cemburu bila mak mentua asik mengadu kat suami?
Kata Dr Muhaya, sepatutnya kita ni; isteri, kena berterima kasih pada mak mentua kita. Sebab?
Sebab melahirkan suami kita. Sebab mendidik suami kita sehingga mampu menjadi suami (bukan semua lelaki mampu melafazkan ‘aku terima nikahnya’).
Jadi, jangan sesekali menjadi batu penghalang antara suami dan mak mentua. Antara ibu dan anak. Syurga suami kita di bawah tapak kaki ibunya, bukan bawah ketiak kita. Dah jadi macam pakar motivasi. Ok. Bye.

2 comments:

izzah said...

true indeed...memang kadang2 kita rasa xberasa selesa bila suami dahulukan mak dia dr segala segi...tp di sebalik tu kita patut bersyukur sbb dpt suami yg tau mana keutamaan n bertanggungjawab....

Hanys Jehari said...

Syukur dpt suami yg tau seimbangkan family..