Thursday, February 28, 2013

Setahun lepas

Assalamualaikum.
Setahun lepas, masih pakai tag kelabu dan ada logo ala ala bulan sabit merah.
Sibuk uruskan hari hari terakhir. Kerja. Makan makan farewell.
Tak pernah nak tatap gambar gambar ni semua elok elok sebab rasa sedih masih ada. Tapi dah hampir setahun kan berlalu.

masa ni gila kentang tak nak nagis. Sebab rasa, i wont cry. Tapi bila kena beri speech, hitung dan bilang satu satu nama yang banyak memberi tunjuk ajar, yang menolong dari hari pertama kerja, ya Allah, berjasanya mereka mereka ni. Moga Allah sentiasa memberkati mereka yang ikhlas menolong dan berjasa ni.
Masa ni juga dapat dua hadia. Hadiah farewell dan hadiah kahwin. Set makan Vantage yang tak terguna lagi. Hihi. Sayang weh.


My team. Skarang dengarnya dah bertambah.
My team mostly perempuan. Sorang je lelaki. Yang lelaki tu pun sporting. Ikut je kepala orang perempuan ni. Tapi seronok berkongsi ilmu. Mana yang kita tak tahu, kita tanya. And they shared.
Miss them.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, February 18, 2013

What {most} women do

Assalamualaikum.
Semalam godek2 FB, nampak satu posting pasal surirumah. Yang mana lakinya kata dia tak buat apa kat rumah. And here the lists of what she did, as housewife.

.
Itu surirumah la.
Kalau yang bekerja dan ada anak?
Tambah lagi list berikut;
1. Kerja.
2. Kena marah.
3. Meeting
4. Ad hoc task.

Kalau yang bekerja dan tiada anak {lagi};
Tambah semua list kat atas, tolak part anak je.
Itu tak kira lagi aktiviti hari minggu, mana kena balik kampung, layan family, sedara mara suami. Ambil hati keluarga mentua. Senyum walau orang cakap apa.
Berat tugas isteri ni.
Tapi lagi berat tugas suami sebab baik buruk kita dia dapat 'saham'. Kalau saham positive asik naik melambung lambung, alhamdulillah. Kalau saham dah menjunam jatuh, adeih.
So suami kena la jaga isteri baik baik supaya isteri boleh bagi saham yang baik.
Isteri buat kerja rumah tu, bantu la. Isteri dah berhempas pulas masak pagi dan balik dari kerja, makanla. Puji la sikit. Isteri berusaha layan keluarga, hargaila.
Kalau asyik kata kasar masuk telinga, lama lama tawar hati, jangan menyesal.
Ok. Itu sahaja ceramah hari isnin yang dah kembali jammed ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, February 14, 2013

Weekend ; Taman Botani Negara

Assalamualaikum.
Kembali ke wekeend lagi. Wah. Long holiday. 4 hari tu.
I have to worked on saturday. And having nice treatment at embun seri on sunday. Ok. Itu lain entry.
Ini hari cite pasal Taman Botani Negara Shah Alam or Taman Pertanian Malaysia or Bukit Cerakah. Pilih mana satu nama pilihan hati.
Bawa anak buah hubby, eh anak buah i jugak ber excercise.
Layan gambar la ya.

tiket masuk murah. Rm3 dewasa. Rm1 kanak kanak n warga emas. Percuma untuk anak yatim.



Tengok haiwan free. Naik bus free. Rumah empat musim bayar sikit. Pembelajaran budak budak dapat. Exercise dapat. Penat dapat. Seronok pun dapat. :-) kata anak buah, penat tapi best.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, February 4, 2013

Weekend

Assalamualaikum.
Ahlan wa sahlan february.
Sekejap je kan dah habis january.
Awal february mestilah cuti. Huhu. Cuti federal day. Apa program?
Jumaat spending time at grandparents in law house. With MIL.
Sabtu menjalankan kewajipan as anak, ke trolak.
Ahad, meet my parents, my sisters n bro in law at uia. Makan2 masakan my beloved mom. My dad ulang kali cakap uh, bahagia.. Ingat i tak dengar. Hihi. I know he love the moments when all his daughters gathered. Kutuk mengutuk perkara biasa. Rasa sekejap sangat.
Pastu bergerak ke pesta buku. I loooove books.

antara hasil pesta buku. Beli buku masakan. Cara masak ikan. Urghh. Im not so into ikan. But hubby do. So kenalah masak apa yang dia suka kan.
Beli buku bacaan anak buah hubby. Menanam minat membaca itu penting. Berbaloi ke pesta buku ni. Banyak diskaun dapat. ~_~
Published with Blogger-droid v1.7.4