Thursday, February 28, 2013

Setahun lepas

Assalamualaikum.
Setahun lepas, masih pakai tag kelabu dan ada logo ala ala bulan sabit merah.
Sibuk uruskan hari hari terakhir. Kerja. Makan makan farewell.
Tak pernah nak tatap gambar gambar ni semua elok elok sebab rasa sedih masih ada. Tapi dah hampir setahun kan berlalu.

masa ni gila kentang tak nak nagis. Sebab rasa, i wont cry. Tapi bila kena beri speech, hitung dan bilang satu satu nama yang banyak memberi tunjuk ajar, yang menolong dari hari pertama kerja, ya Allah, berjasanya mereka mereka ni. Moga Allah sentiasa memberkati mereka yang ikhlas menolong dan berjasa ni.
Masa ni juga dapat dua hadia. Hadiah farewell dan hadiah kahwin. Set makan Vantage yang tak terguna lagi. Hihi. Sayang weh.


My team. Skarang dengarnya dah bertambah.
My team mostly perempuan. Sorang je lelaki. Yang lelaki tu pun sporting. Ikut je kepala orang perempuan ni. Tapi seronok berkongsi ilmu. Mana yang kita tak tahu, kita tanya. And they shared.
Miss them.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: