Monday, February 18, 2013

What {most} women do

Assalamualaikum.
Semalam godek2 FB, nampak satu posting pasal surirumah. Yang mana lakinya kata dia tak buat apa kat rumah. And here the lists of what she did, as housewife.

.
Itu surirumah la.
Kalau yang bekerja dan ada anak?
Tambah lagi list berikut;
1. Kerja.
2. Kena marah.
3. Meeting
4. Ad hoc task.

Kalau yang bekerja dan tiada anak {lagi};
Tambah semua list kat atas, tolak part anak je.
Itu tak kira lagi aktiviti hari minggu, mana kena balik kampung, layan family, sedara mara suami. Ambil hati keluarga mentua. Senyum walau orang cakap apa.
Berat tugas isteri ni.
Tapi lagi berat tugas suami sebab baik buruk kita dia dapat 'saham'. Kalau saham positive asik naik melambung lambung, alhamdulillah. Kalau saham dah menjunam jatuh, adeih.
So suami kena la jaga isteri baik baik supaya isteri boleh bagi saham yang baik.
Isteri buat kerja rumah tu, bantu la. Isteri dah berhempas pulas masak pagi dan balik dari kerja, makanla. Puji la sikit. Isteri berusaha layan keluarga, hargaila.
Kalau asyik kata kasar masuk telinga, lama lama tawar hati, jangan menyesal.
Ok. Itu sahaja ceramah hari isnin yang dah kembali jammed ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

Nursaila Norman said...

terbaik :)) nak copy pic boleh? :)
part tmbh tugasan kalau wife bekerja tu sgt,sgt,sgt setuju..huhuhuhu

Qyla Aqilah said...

Setuju...sll kita duk pikir kerja perempuan jer banyak..secara zahirnya...tapi kita lupa yg suami lagi berat tanggungjawab tanggung dosa semua..insaf...huhuh

Hanys Jehari said...

Sila2... Kita mmg byk tanggung jawab kan :-)