Tuesday, July 30, 2013

Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum.
Dalam tak sedar je dh 21 hari kita ber puasa. Lagi 8 hari untuk aidilfiri.
Amacam? Penuh lagi tak?
My little sister yang kawin dulu tu get preggy this early july. So, all of us get exicited. Membayangkan ada baby masa raya next year.
Tapi Allah lagi mengetahui. Dia start sakit perut, kind of senggugut. I asked to see doc. Tapi doc cakap sebab penghadaman la, bla bla. I pun assume rahim nak membesar kot.
And the pain gets worst, add with bleeding. She went to Al islam medical centre. Scan and admitted. Doc cuba srlamatkan dgn bagi ubat kuat rahim. Bleeding makin heavy. Dan hari keempat, dia muntah, the fetus keluar macam period yang berketul tu.
Petang tu nak D&C, tapi doc cakap sikit sangat tinggal, so biar la kuar sendiri.
And there she goes, confinement for 14 days.
I saw the blood, i saw she scanned, i accompany her at hospital, ngeri kot. I saw how strong she is. I dont think i can be as strong as her.
As for know, we pray the best for her, for us. Semoga tak berlaku lagi.
P/s: dah beli baju raya? Kuih raya? Perabot raya? Hihi.

Wednesday, July 17, 2013

Mathurat di mana sahaja

Assalamualaikum.
Jom install al-Ma'thurat Ustaz Don, boleh download PERCUMA di sini http://bit.ly/m-mathurat ... @almathurat #almathurat @mmathurat
Download di market or googleplay, taip je mathurat. Dibacakan oleh ustaz don. Boleh keep.playing and plug in to ur ears. Atleast, sambil kerja sambil dengar.
Telah diasingkan siap siap pagi dan petang. Klau buka pagi, doa pagi akan keluar. Buka petang, doa petang akn keluar.
Manfaat? Terlalu banyak manfaat. Ni.adalah himpunan doa dan wirid Rasulullah. Semoga kita sentiasa di lindungi dan dijauhkan bahaya. Amin.

Tuesday, July 16, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, usai 7 ramadhan hari ini, insha Allah. Moga kita dipertemukan dengan ramadhan tahun depan.
Tahun ni menarik buat saya. Walau tahun kedua menjadi isteri, tapi ini kalilah, eh, kali ini adalah yang pertama menyediakan juadah berbuka, dan bersahur.
Sejak kecik kot, bersahur memang ala kadar. Mak prepare la mcam mana pun  mesti suap sikit je ke mulut. Ambik hati. Time belajar, kat mrsm, boleh kira berapa kali bangun. Tu pun sebab syok kejut orang.
Time uia, bangun sahur bagai nak rak, pastu gelabah tak mandi pergi kelas kul 8pagi. Cukup seminggu kelam kabut macam tu, terus tak bangun sahur.
Time kerja, baru sedar, sahur tu membezakan puasa kita dengan Hindu, Nasrani dan lain lain. Jadi, bangun cuma teguk air dan kurma dengan mata separa tutup. Lepas tu kroohhh balik. Isk.
Tahun pertama nikah, banyak habis masa di hospital sebab atuk in law warded. Sahur semua mother in law prepare. I just helped to set the table, kemas meja, sapu lepas makan.
Tahun ni, ya, rasakan. Bangun kul 4.30am panaskan lauk dan nasi.
Nasib ada sahabat baru, cik microwave beli semata malas nak guna dapur untuk panas lauk untuk sahur. Mata tutup pun boleh lagi panaskan lauk. Tunggu bunyi tinggg je.
Ramadhan ke enam, dah boleh atur masa. Yey, dah ada masa untuk solat sunat sbelum subuh. Mustajab doa, katanya.
Berbuka, alhamdulillah, belum pernah beli lauk lagi. Usaha memasak walau penat gilak.
Tapi, tapi hari ni hubby kata jem gila otw nak ambil saya. Haih. Berbuka luar la nampaknya.

Sunday, July 14, 2013

Beli Emas

Assalamualaikum.
Harga emas turun minggu.lepas. Rm128 boleh dapat. Minggu ni tak tahulah pula. Rasa macam best gila bila turun sebab sebelum.ni.hampir cecah rm200. Mahal woo.
Belek punya belek. Dapat yang berkenan terus draw and bayar. Senang. Hihi.
Apa yang kena tahu.pasal emas ni?
Ada emas 916 yang shining, yang kusam. Tak tahulah kenapa jadi kusam.
Emas kena zakat kalau tak dipakai dan sekadar di jadikan investment atau disimpan.
Beli.emas ada kos upahnya. Mahal nya bergantung pada upahnya la. Yang rekaannya kemas dan sulit, mahal la sikit.
So,.pandai pandailah minta kurang upah tu..kalau kat jerantut, time emas dlm rm150 tu, dia tak ambik upah pun.
Kat kl, biasa mesti ambil punya.
Jadi, inilah hasil rembatan ketika emas turun hari tu..dengar dengar ada dapat rm124. Syok gila. Nak juga jalan lagi time lunch nanti. Kot kot statik harganya. Boleh dapat subang ke. Cincin ke. Hihi.
My mum said, duit bonus beli emas sikit. Buat simpanan. Start dari tu yang agak gila sikit dengan emas.

XPERIA ZL

Assalamualaikum.

Saturday, July 6, 2013

Release stress

Assalamualaikum.
Mahu release stress? Meh pecah botol.
Huhu. Ni yang buat lagi ramai jd ganas. Release stress dgn tido ke solat ke zikir ke yoga ke kan lagi bagus. Macam mcam.