Tuesday, July 16, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, usai 7 ramadhan hari ini, insha Allah. Moga kita dipertemukan dengan ramadhan tahun depan.
Tahun ni menarik buat saya. Walau tahun kedua menjadi isteri, tapi ini kalilah, eh, kali ini adalah yang pertama menyediakan juadah berbuka, dan bersahur.
Sejak kecik kot, bersahur memang ala kadar. Mak prepare la mcam mana pun  mesti suap sikit je ke mulut. Ambik hati. Time belajar, kat mrsm, boleh kira berapa kali bangun. Tu pun sebab syok kejut orang.
Time uia, bangun sahur bagai nak rak, pastu gelabah tak mandi pergi kelas kul 8pagi. Cukup seminggu kelam kabut macam tu, terus tak bangun sahur.
Time kerja, baru sedar, sahur tu membezakan puasa kita dengan Hindu, Nasrani dan lain lain. Jadi, bangun cuma teguk air dan kurma dengan mata separa tutup. Lepas tu kroohhh balik. Isk.
Tahun pertama nikah, banyak habis masa di hospital sebab atuk in law warded. Sahur semua mother in law prepare. I just helped to set the table, kemas meja, sapu lepas makan.
Tahun ni, ya, rasakan. Bangun kul 4.30am panaskan lauk dan nasi.
Nasib ada sahabat baru, cik microwave beli semata malas nak guna dapur untuk panas lauk untuk sahur. Mata tutup pun boleh lagi panaskan lauk. Tunggu bunyi tinggg je.
Ramadhan ke enam, dah boleh atur masa. Yey, dah ada masa untuk solat sunat sbelum subuh. Mustajab doa, katanya.
Berbuka, alhamdulillah, belum pernah beli lauk lagi. Usaha memasak walau penat gilak.
Tapi, tapi hari ni hubby kata jem gila otw nak ambil saya. Haih. Berbuka luar la nampaknya.

No comments: