Tuesday, September 17, 2013

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum.
Mari memasak. Sebenarnya, kami orang pahang tak panggil gulai tempoyak. Kami panggil Gulai Masam Ikan Patin. Reason? I dont know. Yang i tau, sedap di makan.
Jom i bagi resepi.
Bahan:
Ikan patin (setengah ekor- kepala dan ekor paling lazat)
Cili padi segenggam(orng pahang panggil lada). Lagi pedas lagi sedap.
Kunyit seinci.
Daun kesum 5 tangkai
Tempoyak 2 senduk
Garam secukup rasa

Tips: Ikan patin ni, hanyir. Lagi lagi kalau beli kat kl ni. Entah mana diorang bela. Isinya merah sikit. Jadi, basuh dengan tepung tak memadai. Kami biasa bashu dengan daun pisang muda. Bagi getahnya keluar dan hilangkan lemak dan hanyir patin.

Cara masak:
Tumbuk lada dan kunyit dan garam sikit.
Masukkan dalam periuk dengan tempoyak dan air. Kacau bagi sebati. Panaskan di atas dapur. Biar sampai pekat sikit. Pastikan tempoyak tu well blend. Janganlah ada ketul ketul.
Masukkan ikan. Daun kesum.
Rasa.
Masin? Tmbh air.
Pedas? Tmbh gula sikit.
Tips i, tambah aji sikit. Bagi ummph.
Kemudian, siap.
Tadaaaa

Sebenarnya, seumur hayat tak pernah masak ikan patin ni. Tahu cara,.sebab mak selalu buat. Tapi tak pernah yakin nak buat.
Semalam, atuk hubby mintak i buat. Haha. Nasib terer cover gelabah. Buat je ikut instinct.
Alhamdulillah, atok nya bertambah dua kali. Tak sedap. Jangan makan, katanya pada maid. Haha.
Maid yang dr indonesia tu, siap bilang, kak anis, sy hirup2 gulainya. Sedap.
Bahagia.

No comments: