Friday, October 25, 2013

Yang kualiti, yang kurang kualiti

Assalamualaikum.
Salam jumaat..
Lagi 6 hari sebelum berakhirnya bulan oktober. Dah nak hujung tahun.
Kita selalu teringin tengok handbag lawa lawa, branded kan.
Tengok orang pakai Gucci, nak. Pakai Guess, nak. Pakai Coach, nak jugak.

Harga nya pasti lah mahal. Kualiti tu ada. Tapi, kita tak pernah tau kualiti dia macam mana sebab kita tak pakai lagi.
Kita pun cari yang gred aaa. Yang immitate.
Bila nampak dalam iklan, cantik, macam original. Murah. Hanya rm90,
Bila dah dapat kat tangan, nak pakai pun takut sebab bukan ori. Kita tahu, ia fake. Bila pakai, sakit bahu, sebab talinya tak kualito. Rekaan dan structure tak mampu tahan berat barang.
Dari fake, kita up ke gred aaa. Ingat dah dekat dekat ngan original. Mahal sikit, tapi murah dari original hanya rm 150.
Dan, tak selesa. Kita takut orang tahu ia fake.
Dan akhirnya, sebab nak juga, kita akhirnya beli.original. Rm590. Feel? Puas hati. Cantik. Yakin pakai sebab ori. Material diyakini.
See..? Dah bazir rm240 untuk yang fake. Kalau beli yang original terus, kan bagus.
Kita kan suka cuba cuba..

Ok..itu barang luaran. Apa pula bila kita cuba cuba ambil untuk supplemen?
Yang badan kita makan hari hari? Berani ke gadaikan nyawa dan organ dalaman untuk benda yang tak dapat kelulusan dari KKM?
Seriously, banyak betul ubat kurus yang disenarai hitam oleh KKM. tapi ada kita ambil peduli?
Produk kecantikan..? Berapa banyak yang ada racun berbahaya. Yang dari thai, dari indonesia..? Beraninya pakai di muka.
Ya, ia murah dan effective. Tapi kesan ke atas kulit buat masa yang panjang? Buah pinggang rosak?

Sebab tu, saya sarankan, beli supplemen kurus ke, cantik ke, biar dari produk yang kualiti. Bukan produk 'hear and say'.
Balik, dan tengok balik isi kandungan produk anda.

Wassalam.

No comments: