Saturday, November 1, 2014

ASMA, LELAH dan SHAKLEE

Assalamualaikum..

Entri kali ni, saya ingin berkongsi tentang Set Shaklee utk Asma. Tapi sebelum tu, mari kita kenal dulu apa dia Penyakit Asma atau asthma atau lelah ni.

Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara yang kronik. Penyakit immunologi yang menyebabkan kita sukar untuk bernafas.
Ini adalah kerana ketika diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.

Pesakit asma atau lelah ni mungkin akan mengalami pernafasan bersiul iaitu wheezing, sesak nafas dan sukar untuk bersenam.

Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti

✔sesak nafas,
✔nafas berbunyi,
✔ketat dada dan
✔batuk.

Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi.

Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.

Bagaimana OMEGAGUARD membantu dalam asma?

Nanti kita sambung part 2 ye.

No comments: