Friday, February 27, 2015

Umrah dengan AJHT & Ostematrix

Assalamualaikum..

Ini mak saya. Comel kan? Umurnya baru 56 tahun. Tapi lutut mak dah tak kuat.

Solat pun perlahan. Nak bangkit dari duduk dua sujud slow sangat.

Sedihnya.

Nak bawak jalan pun dah kesian. Sebab mak cepat sakit kaki.
Kalau kami call, lambat je mak angkat telefon. Sebab kakinya sakit sentuh lantai sejuk.
Bila saya tahu pasal AdvancedJointHealth atau AJHT, laju saya belikan untuk mak.

Alhamdulillah. Lepas balik KL, bila call mak, cepat sungguh mak jawab telefon. Huhu.
Katanya kaki dah kuat!
Solat pun dah boleh bergerak selesa!!

Alhamdulillah! Rasa macam terharu gila sebab dapat buat mak bersuara gembira.

ramadhan lepas mak dah syok buat terawih sebab kaki sihat katanya.

Alhamdulillah.

Time umrah pun mak boleh tawaf dan saie dan solat banyak banyak tanpa masalah.

Gembira sangat. Sekarang mak konsisten drngan Ostematrix dan Bcomplex.

Siapa tak Grlembira bila mak sihat kan 😊 😊

Untuk harga murah. Harga promo feb sahaja, laju laju text or whatsapp ye.

Ramai ambil 3-4 botol bulan ni. [Sebab UNTUNG RM35 sebotol tau]

Hanys.
012 3594266

Thursday, February 26, 2015

Air Mata kedua Di Tanah Haram

Assalamualaikum.

Sesungguhnya Allah tu menguji sejauh mana saya tawakal dan berdoa.

Sehari sebelum saya berlepas, saya datang period.

Sedih.
Ubat tahan period saya degil tak makan sebelum tu.
Tapi bila period, saya makan. Saya doa.
Saya tawakal.
Saya doa.
Saya minta mak dan husband doa.

Alhamdulillah. Its stop.

Dan pertama kali menjejak kaki ke Masjid Nabawi, Wallahu.. tiada kata seindah masjid itu.

Cantik sangat.
Tenang sangat.
Buat tahiyatul masjid 

Pahala disini 1000 kali ganda dari mana mana tempat (kecuali masjidil haram).

Pernah dengar betapa sukarnya untuk dapat Raudhah?

Raudhah adalah antara kubur Rasululllah dan mimbarnya.

Ia ibarat sebahgian dari Syurga Raudhah. Antara tempat paling mustajab doanya.

Dan tahu tak.. sangat sukar untuk dapat tempat di raudhah.

Crowded sangat. Pernah ada yang meninggal dipijak. Ada yang dipijak kepala. Bersesak.

Saya tawakal. Kami tawakal. Selawat ke atas nabi tak henti ni. Saya rasa seribu lebih kalau ikut counter.

Banyak check point sebab wanita ramai dan masanya limited.

Sewaktu menunggu.. kami nampak kubah hijau. Dibawah itulah makam nabi.

Perasaan?

Sebak sangat.
Sempat saya bisikkan..

Ya rasulullah.. aku datang melawat mu wahai kekasih Allah.
Sahabat sahabat ku di malaysia berkirim salam buat mu.
Ya rasulullah, berikan syafaat mu buat sahabatku haznor.

Itu yang duk ulang sejak tiba ke check point akhir.

Tangan mak ni.. saya pegang kuat.

Bila berpusu masuk raudhah.. adengan tolak menolak berlaku.
Kita tak biasa nak beribadat dalam keadaan huru hara kan.. orang push ke depan depan.

Tetiba...saya pandang bawah.
Allah. Karpet hijau.

Karpet hijau adalah aras tanda raudhah. Raudhah hanya di karpet hijau.

Saya minta mak solat. Solat mak.. tak kisahlah orang tolak ke.
Saya solat sunat.
Kemudian tertolak ke depan.

Mutawwif capai saya. Suruh saya solat taubat.

Ya, air mata kedua memang laju mencurah.

Sebab.. ?
Saya bukan siapa siapa yang Allah jemput ke tanah haramNya, dan dapat sujud di raudhah.

Saya minta taubat.. berkali kali. Saya doakan utk family dan suami.

Sesungguhnya ia nya sangat membahagiakan.

Bacalah tentang ummar. Tentang abu bakar. Tentang kekasih Allah itu. Nescaya...
Rasa berharga sangat raudhah tu.

Alhamdulillah.. itu bukan pertama dan kali terakhir saya dapat raudhah.

☺☺☺☺

Thursday, February 19, 2015

Air mata pertama di Tanah Haram

Alhamdulillah.
Selamat berangkat ke kota suci madinah dan mekah...
Dan selamat sampai.

Sesungguhnya saya tak pernah tahu Allah panggil saya ke rumahNya melalui mak saya.
In the first place, saya belum ada rasa nak ke mekkah. Sebab rasa saya masih muda. Masih nak pakai duit nak berjalan ke tempat lain. Masih nak pakai cuti ke tempat lain. Masih banyak dosa belum cuci.

Bila mak ajak ke mekah, saya serba salah. Husband on je. Saya yang tak yakin.
Tapi iya kan juga sebab kesian kat mak.
Dari plan bulan 12, tangguh ke bulan 2, 2015 sebab atok meninggal dan masalah masa.

Hujung bulan 12, baru nak daftar. Pilih package. Nak pegi awal bulan 2 ni. Memamg pack masanya. Tapi Allab Maha Besar. Mudah sangat urusan. Ustaz kat Utas pub cakap, visa dah approve. Family awak mudah je. Alhamdulillah.

Bila saya start ada 'hati' nak pergi rumah Nya? Bila saya join kursus umrah.

Bila saya spend time baca buku buku sejarah yang Utas bagi. Allahu.   Mengalir air mata baca sejarah rasul ummar dan abu bakar. Sedihnya..  terus tak sabar nak pegi masjid nabawi. Nak sujud di raudhah.

Bila baca sejarah kaabah.. lagila hati berdebar debar.

Otw kr madinah..  flight 12 jam.. saya spend time dgn dengar bacaan alquran. Dapat 3 juzuq. Movies ke game dlm saudi airlines tak menggamit hati.
Allah mudahkan check in, imigresen.
Cecah kaki ke bumi madinah, air mata menitik.

Itu air mata pertama saya di bumi tanah haram.

Sebab apa..? Sebab Allah terima saya kat sini. Bumi ambiya. Tanah haram. Tanah nabi. Tanah sejuta sejarah. Kalau Allah tak nak saya.. dah awal lagi semuanya sukar.

Mudahnya urusan keluar dr airport. Alhamdulillah.

Kalau awak awak kata video kahwin yana tu sweet.. wallahu, diterima di bumi tanah haram sejuta kali lebih sweet.

Saya sambung lagi nanti ye 😊