Thursday, February 19, 2015

Air mata pertama di Tanah Haram

Alhamdulillah.
Selamat berangkat ke kota suci madinah dan mekah...
Dan selamat sampai.

Sesungguhnya saya tak pernah tahu Allah panggil saya ke rumahNya melalui mak saya.
In the first place, saya belum ada rasa nak ke mekkah. Sebab rasa saya masih muda. Masih nak pakai duit nak berjalan ke tempat lain. Masih nak pakai cuti ke tempat lain. Masih banyak dosa belum cuci.

Bila mak ajak ke mekah, saya serba salah. Husband on je. Saya yang tak yakin.
Tapi iya kan juga sebab kesian kat mak.
Dari plan bulan 12, tangguh ke bulan 2, 2015 sebab atok meninggal dan masalah masa.

Hujung bulan 12, baru nak daftar. Pilih package. Nak pegi awal bulan 2 ni. Memamg pack masanya. Tapi Allab Maha Besar. Mudah sangat urusan. Ustaz kat Utas pub cakap, visa dah approve. Family awak mudah je. Alhamdulillah.

Bila saya start ada 'hati' nak pergi rumah Nya? Bila saya join kursus umrah.

Bila saya spend time baca buku buku sejarah yang Utas bagi. Allahu.   Mengalir air mata baca sejarah rasul ummar dan abu bakar. Sedihnya..  terus tak sabar nak pegi masjid nabawi. Nak sujud di raudhah.

Bila baca sejarah kaabah.. lagila hati berdebar debar.

Otw kr madinah..  flight 12 jam.. saya spend time dgn dengar bacaan alquran. Dapat 3 juzuq. Movies ke game dlm saudi airlines tak menggamit hati.
Allah mudahkan check in, imigresen.
Cecah kaki ke bumi madinah, air mata menitik.

Itu air mata pertama saya di bumi tanah haram.

Sebab apa..? Sebab Allah terima saya kat sini. Bumi ambiya. Tanah haram. Tanah nabi. Tanah sejuta sejarah. Kalau Allah tak nak saya.. dah awal lagi semuanya sukar.

Mudahnya urusan keluar dr airport. Alhamdulillah.

Kalau awak awak kata video kahwin yana tu sweet.. wallahu, diterima di bumi tanah haram sejuta kali lebih sweet.

Saya sambung lagi nanti ye 😊

No comments: