Sunday, June 21, 2015

7 TIPS KURUS KETIKA RAMADHAN

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa.. dah hari ke 4 kan 😊

Saya nak kongsi TIPS UNTUK LOSE WEIGHT KETIKA RAMADHAN..

Ada yang saya share dari KEVIN, dan ada yang saya amalkan juga 

1. Berbuka puasa dengan 1 atau 2 KURMA sahaja. Limitkan ye. Sebab kurma ni pun tinggi GULA.

2. Minum AIR MASAK dulu. Dah makan baru..  minum AIR MANIS ye. Kurangkan AIR MANIS.

3. Limitkan DESSERT MANIS. biasa kita suka makan benda manis time berbuka puasa. tapi LIMITkan ye.. kalau seri muka, cukupla sebiji. Jangan sampai 5 biji.
Tepung pelita lagi. Kita simpan untuk hari esok dan esok.. nanti dah bosan tak ada apa nak makan kan? 😊

4. Berhenti sebelum KENYANG. nasi tu.  Ambil la satu senduk dulu. Kalau dh kenyang, STOP. makan perlahan lahan. Jangan ikut nafsu.

5. Untuk SAHUR, cari yang RENDAH KALORI tapi kenyang LAMA. contoh, OAT, ESP.. nasi dan mee goreng high kalori dan cepat pula la laparnya sebab tak sekompleks OAT dan ESP.

6. Ambil la MUTLIVITAMIN  untuk menampung nutrien yang hilang dan untuk KEKAL AKTIF.

7. SENAMAN tak wajib pun. Bagi badan rehat.

Tu je la tips saya..  harap memberi manfaat buat semua. Kita sihat sihat sepanjang ramdhan, and looks good masa Syawal. Insya Allah.

Hanys.
21 jun 2015.
Ramadhan 4.

#tipsramadhan

No comments: