Saturday, July 25, 2015

Kuruskan Badan dengan Cepat Sambil Menyusu

Kuruskan Badan Dengan Cepat Sambil Menyusu

Ramai wanita risau tentang berat mereka selepas bersalin dan inginkan bentuk badan mereka kembali menarik dan seperti asal. Justeru, mereka mencari-cari bagaimana caranya untuk menguruskan badan sambil menyusu.

Boleh ke kita kuruskan badan sambil menyusu? Bagaimana caranya nak turunkan berat badan semasa menyusukan bayi? Selamat tak kita berdiet sementara menyusu badan? Itu semua soalan-soalan yang biasa ditanyakan.

Jawapannya adalah, tidak salah kita berdiet dan boleh kita menguruskan badan ketika menyusu, asalkan kita tidak berlapar dan selalu mengaktifkan diri.

Lagi satu, orang cakap menyusukan bayi adalah satu cara untuk cepat kurus juga. Faktanya, ibu yang menyusukan membakar purata 500 kalori sehari. 

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti ibu-ibu menyusu:

1)  Berdiet hanya selepas anak melepasi umur 2 bulan
Ini adalah untuk memberi badan kita masa untuk menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi anda. Dengan menyusukan, badan kita membakar purata 200-500 kalori sehari. 

2) Menyusukan tanpa had
Kajian menunjukkan jika seseorang ibu itu kerap menyusu dan menyusu lebih daripada  6 bulan, ibu akan hilang lebih berat. Oleh itu, jangan risau tentang berat anda dan teruskan menyusukan badan secara eksklusif sampailah anak berumur 6 bulan.

3) Makanlah sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari
Adalah disarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari untuk memastikan susu anda mencukupi dan berkualiti.

4) Tidak boleh turun berat lebih daripada 680 gram seminggu
Ibu-ibu boleh turun berat sehingga 680 g seminggu atau 3kg sebulan selepas bulan kedua dan tidak menjejaskan susu dan kesihatan bayi.

5) Kurangkan pengambilan kalori secara perlahan-lahan
Jangan terlebih mengurangkan kalori, dikhuatiri akan menyebabkan kurangnya kualiti susu ibu.

6) Elakkan ambil jalan mudah utk kurus
Liquid diet, diet rendah karbohidrat, ubat kurus adalah sangat tidak digalakkan ketika menyusu..
(credit kepada : kellymom.com)

No comments: