Wednesday, August 26, 2015

Pengalaman Denggi part 2

Assalamuaalaikum dan hola!
Jom sambung cerita DENGGI.
Hari isnin, tekak saya start rasa PERIT sangat. Makan memang dah tak lalu langsung. Saya makan hanya for the sake alas perut dan makan ubat.
Lengan dah berlubang lubang kena cucuk ambil darah. And its not getting better. Dari 90 ke 60. Suhu badan tak berkurang. Doktor dah start risau.
Doktor bagitau husband, bagi apa sahaja yang dia nak makan. Asalkan dia makan.
Tapi, memang TAK ADA SELERA. nope, TEKAK PERIT. memang tak mampu telan. Husband offer dominos, kfc.. apa sahaja fevret saya. Tapi semua reject.
By the way, agen prudential saya datang. Dia suruh tukar bilik single. Katanya, anis layak bilik single. Jangan buat malu akak.  Hehe. Terbaik la kakak agen saya tu.. sebab tu penting cari agen insurans yang kita kenal dan boleh adjust (eh promo plak).
Petang tu tukar bilik. Husband dah bawak barang fevret saya, bantal peluk dan selimut.
Husband pun dah start bawa sup ketam. Ketam is always my fevret.. tapi, saya tak mampu makan. Sebab it turns out, sangat TAK SEDAP! rasa nak pitan makan. Sampai sekarang rasa tu terngiang ngiang kat tekak.. and i guess, im not into ketam anymore.
Husband paksa minum air 100plus, air daun betik, performance drink shaklee.
Platelet darah dah start naik hari rabu. Suhu dah turun. Muka dah kembang sebab dah dekat 10 bag air drip.
Family dari jerantut datang. Rupanya bila kita disahkan denggi, nama terus di hantar ke jabatan kesihatan. Mereka akan call tanya kita pergi mana dalam dua minggu.
Rumah jerantut, subang semua kena fogging. Hew hew..  baguslah kan. Ada langkah prevention.
Hari khamis patutnya dah boleh discharge. Tapi lepas lunch, saya muntah muntah. Bintik merah baru start naik kat tangan dan kaki. Gatal sangat. Tapi tu kata doktor tanda virus start keluar.
Jadi, hari jumaat la discharge. Lepas confirm dah tak muntah. Platelet 130. Acceptable.
By the way, memang tak ada ubat untuk denggi ni. Masa saya kat hospital pun, hanya ubat demam je diberi. Untuk denggi, akan drip air je. Drip. Drip. Drip. Yang tahap kronik akan drip sel darah putih.
Kena minum banyak air untuk buang virus.
Isotonik drink antara yang terbaik la. Tapi siapa sanggup duk minum100plus yang bergas tu kan? Silap silap kena diabetic
Sebab tu saya minum Performance Drink shaklee. Rasa oren. Tak ada gas. Fresh. Dan saya pastikan Vitamin C 500mg, saya ambil 2 biji setiap hari. Sampai sekarang. Untuk pastikan antibodi badan kuat untuk block serangan  denggi kedua.
Ada sesiapa yang nak share pengalaman denggi?
Jaga diri. Jaga hati ❤
Luv,
Hanys Jehari.
Certified Shaklee Distributor.

Monday, August 24, 2015

Pengalaman DENGGI part 1

Assalamualaikum dan hola!
Saya dah janji nak cerita pengalaman saya menghidap DENGGI kan.
Cerita ni dah lama. Tahun lepas. Bulan 11 2014.
Bermula dengan GUSI saya bleeding tiba tiba pada hari SELASA. Tanpa sebarang action. Macam gosok gigi ke. Tertusuk tulang ke. Ianya tiba tiba. Tengah kerja ni...rasa hanyir dalam mulut. Saya ambil tisu, dan GUSI BERDARAH.
Saya abaikan. Petang tu berdarah lagi.
Esok nya berdarah lagi. Petang esoknya saya dah tak sedap badan.
Khamis saya MC sebab demam. Jumaat saya kerja semula sebab suhu dah turun tapi BADAN saya sakit sangat.
Hari Sabtu, saya banyak terlentok. Pergi klinik, bagi ubat demam macam biasa.  Terbaring. Badan sengal. Macam bisa.
Ahad malam badan panas sangat sangat. Husband bawa saya ke ICU Kpj shah alam.
Suhu dh 40 darjah cel. Check darah.  Platelet darah saya dah menurun dari minimum. Normal 150-160.
Saya punya masa tu 90. Terus admitted. Dengan tak bawa baju. Memang sehelai sepinggang. Paling saya takut, kena cucuk kat tangan tu. Tempat drip dan isi ubat. Serius sakit dan saya menangis. Besar kot jarum tu..
Bilik single dan double penuh, jadi dapatla bilik 4 orang.
Aircond sejuk. Memang tak cukup la selimut tu. Sorang sorang sebab husband tak boleh teman. Bising dengan keadaan sekeliling.
Pukul 3 pagi, tetiba ada orang letak temp kat telinga saya. Memang terkejut. Terus tepis.
Rupanya nurse. Suhu masih 40. Kemudian doc datang.. cakap saya confirm denggi. Terus drip air. Memang tak boleh bergerak. Nak pergi toilet pun kena panggil nurse.
Pheww. Panjang ni cerita... nanti saya sambung lagi.. bila tekak langsung tak nak makan. 
Luv,
Hanys jehari.
Jaga diri. Jaga hati.❤  Siapadiriku

Sunday, August 23, 2015

Masker Anggur Muscat

Assalamualaikum
Hari ni saya nak pakai MASKER ANGGUR MUSCAT yang bernilai RM100 Sebiji ini.
Bukan itu sahaja, saya campurkan sekali dengan ramuan-ramuan terhebat yang mengandungi PURPLE CARROT, ELDERBERRY dan POLYGONUM CUSPIDATUM Yang semuanya MAHAL harganya..
Hasilnya?
❤Kulit semakin CERAH
❤Parut semakin PUDAR
❤Jerawat MENGECUT
❤Kulit menjadi TEGANG
❤ Kulit menjadi LICIN DAN HALUS
Tapi mana nak dapat ANGGUR MUSCAT + PURPLE CARROT + ELDERBERRY + POLYGANUM CUSPIDATUM ni??
Tak payah susah2, semuanya ada dalam sebotol VIVIX.
Vivix sangat PURE dan FRESH.. So if masker dengan Vivix memang ibarat kita bermasker dengan buah2 fresh ni lah..
Tapi dengan HARGA YG LEBIH MURAH of course
Saua akan kongsikan tips untuk consume dengan cara terbaik dan juga tips Masker Vivix.
Luv,
hanys jehari
012 3594266

RANGKAIAN PRODUK SHAKLEE

Rangkaian Produk Shaklee
========================
Ada yang kata Shaklee ni jual 'UBAT' je.. eh.  Mana ada jual ubat. Kita jual supplement da  juga beberapa rangkaian lain.
Yang penting MESRA ALAM!
Produk Shaklee dibahagikan kepada empat kategori utama:
1⃣Pemakanan sihat
2⃣Penjagaan Berat Badan
3⃣Penjagaan Diri dan Kecantikan
4⃣Penjagaan Rumah
Saya ingin senaraikan produk-produk Shaklee mengikut kategori masing-masing bagi memudahkan anda untuk mengenalpasti produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
1. PEMAKANAN SIHAT
======================
Anti Penuaan (Collagen Powder, Vivix)
Nutrisi Penting (Alfalfa Complex, B-Complex, Chewable Vita-C Plus 100mg, ESP, Lecithin, SR Vita-C Plus, Vita-E Complex, Vita-Lea, Zinc Complex)
Antioksidan, Mata, Vitamin A (CarotoMax)
Kesihatan Tulang (AJHT, OsteMatrix)
Kesihatan Jantung (CoQHealth Plus, Garlic, OmegaGuard, Phytocol-ST)
Kesihatan Pencernaan (Herb-Lax, Peppermint-Ginger Plus)
Sokongan Imun (NutriFeron)
Kesihatan Hati (DTX Complex)
Kesihatan Wanita (GLA Complex)
Nutrisi Kanak-kanak (Meal Shakes)
Nutrisi Sukan (Performance Drink Orange)
2. PENJAGAAN BERAT BADAN
============================
Cinch Energy Tea Mix
Cinch Shake Mix
3. PENJAGAAN DIRI DAN KECANTIKAN
===================================
NutriWhite (Daily Defence Whitening
Essence, Gentle Action Makeup Remover,
Gentle Deep Foaming Cleanser, Overnight
Renewal Whitening Cream, Soothing
Radiance Whitening Softener, Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion)
Enfuselle (Balancing Moisturizer, Eye Treatment, Hydrating Cleansing Lotion, Hydrating Moisturizer, Hydrating Toner,
Purifying Cleansing Gel, Purifying Toner)
Prosante (Lightweight Conditioner, Long Lasting Finishing Spray, Nourishing Scalp Treatment, Purifying Shampoo, Replenishing Conditioner, Revitalizing Shampoo)
Penjagaan Harian (Herbal Blend Multi-Purpose Cream)
4. PENJAGAAN RUMAH
=====================
Basic H Concentrate Shaklee
 Fresh Laundry Concentrate Shaklee
 Dish Wash Concentrate Shaklee
 Soft Fabric Concentrate
Nak tahu lebih lanjut?  Nak tahu tawaran murah?
Nak tahu harga?
Roger je saya ye. InsyaAllah.. saya sedia membantu. Memberi harga yang terbaik
Jaga diri, Jaga hati ❤
Hanys Jehari
012 3594266
Certified Shaklee Distributor

Saturday, August 22, 2015

Open House Ayda Jebat by AJScreamer

Assalamualaikum dan hola!

Asik cerita hal kesihatan je kan.. hari ni saya nak cerita pasal AYDA JEBAT.

9.8.2015, AJscreamer (AJS)
ada buat open house on behalf of Ayda Jebat (AJ).

Okey, sebelum proceed.. saya nak bagitahu, ye saya FAN AYDA JEBAT! hehe. Dan one of the AJSCREAMER (official fanclub).

Berbalik pada open house tu, one of the komander AJS contact saya since buat majlis kat shah alam. Saya pun tahu area shah alam. So dia minta saya uruskan hal candy buffet.

Kebetulan, saya memang hantu bab bab dessert ni. So im glad to help. And to sponsor. Dont expect anything pun.. just glad to support AJ.

I know one of the best candy buffet kat shah alam dari one of the best bakery kat shah alam.. yum yum sangat.

Open house buat kat Anjung Nuri, seksyen 9. Memang cantik. Rumah banglo 3 tingkat.

AJS lain dah start berkumpul hari sabtu. Saya datang hantar barang, tengok semua tengah merewang memang TERBAIK punya👍. Macam orang nak kahwin.

Ramai yang tidur situ. So, esok pagi saya datang la. Dengan barang barang bagai. Tetiba segala meja dessert under saya. So.. berjemaah la memotong kek lapis sarawak 10 biji (kek di pos dari kuching oleh AJS kuching). Then 20 biji puding choclate cheese.

Pheww. Setup table. Vendor candy buffet datang. Memang cantik and sweet je. Booth kat sebelah photo booth. Dan kami jadi orang pertama rasmi photo booth!

Alhamdulillah majlis memang sangat sangat berjaya! Bila semua dah settle, tinggal la kami warga AJS yang bekerja.. bergembira dengan AJ.

Sesungguhnya AJ sangat penat. Banyak kali saya nampak dia gelak gelak melompat tetiba dia terdiam.. macam pening. Cepat cepat orang bagi dia duduk.

Even macam tu, kalau ada orang nak bergambar dengan dia.. still dia akan senyum. Ikhlas sungguh senyuman tu! Bukan fake. Bukan paksa paksa..

Saya banyak kenal dengan geng AJS yang lain.. alhamdulillah. Semoga kekal berkawan.

Sebelum pulang.  Saya sempat jumpa budak kenid tu. Mula mula malas nak kacau sebab dia dah penat.

Tapi i just want to see her.. yang terkejutnya, saya cakap ..

Awaaa. Saya nk balik dah. Semua dah setel 😊
Dia salam saya. Cium tangan saya. Hug saya.
Awaa. Terima kasih sangat tolong.
*terharu tau*
Dan saya sempat sampaikan few words. Jaga diri. Jaga makan. And others😁😁

Yes, we did selfie. Sempat ambil sekali je. Malas nk over sebab kesian kat dia.

Oh, ni bukan first time jumpa dia. Second time actually.

And guess what, she follow me on IG! Haha. Cute je😁😁

P/s: muka happy benar dapat selfie sampai tertido atau senyum tak nampak mata dah (macam Rain). Ha ha!

I miss her❤

Jaga diri, jaga hati❤

Hanys the AJwarrior😁

Mencari PLUS SIZE

Assalamualaikum..
yes! Kita semua menghadapi MASALAH ni..
baju kat IG ke.. kat FB ke.. semua tak berapa nak muat dengan kita.. .
.kita akan cari baju yang ada caption..'plus size'.. ada saiz sehingga 7XL..
persoalannya..? .
.sampai bila? Sampai saiz mana kita sanggup pakai? .
Turunkan BERAT BADAN SECARA SIHAT.. walau lambat pun tak apa asalkan tidak naik berganda ganda. .
GEMUK IS AWESOME?
Fikir semula.. adakah awesome bila kena KENCING MANIS, JANTUNG, ULSER PERUT, DARAH TINGGI?
Jaga diri, jaga hati ❤
Love,
Hanys Jehari yang dari saiz XL -->M

Meninggal Dunia Kerana Denggi

BAHAYA DENGGI

Assalamualaikum..
DENGGI dengan nyamuk adalah sinonim Dan mudah kita nak faham..

Bahayanya denggi adalah ia menyerang manusia Tanpa mengenal usia,kanak-kanak Seawal usia 2tahun sehingga kepada orang dewasa.

Ramai kaitkan Sikap manusia punca masalah denggi tidak dapat ditangani..

Ya,Itu tidak dapat kita nafikan..
Dan masalah denggi lebih membimbangkan dikawasan Bandar..berbanding luar Bandar.

Denggi adalah penyakit berjangkit,
Dan sehingga kini tiada penawar khusus untuk masalah denggi.

Menurut pembacaan saya,
Begitu mudah virus denggi itu dipindahkan,
Hanya dengan gigitan nyamuk yang dijangkiti denggi mahupun orang yg sudahpun dijangkiti..

Virus denggi jadi lebih bahaya Bila antibodi badan seseorang itu lemah,

Sistem pertahanan badan Akan mengambil sekurang-kurangnya sehingga 10hari untuk pulih, atau mungkin lebih panjang lagi..

Sayangi diri,Sayangi mereka yang ada dengan kita..

Saya sendiri pun pernah terlantar 6 hari kat wad kerana denggi. Nanti saya cerita jerit perih denggi ya..

Dalam family husband, kakaknya sendiri MENINGGAL DUNIA kerana denggi. Dari denggi biasa menjadi DENGGI BERDARAH. and its hurt. Saya pun tak sempat jumpa 'kakak ipar' saya tu.

Apa yang saya tahu dan faham.. sesiapa yang dah kena denggi, risiko untuk kena kali kedua sangat besar. Sebab pertahananan badan dah lemah.. jadi wajib kita build pertahananan badan yang kuat💪.

Insya Allah.. moga kita dilindungi Allah😊

Nanti kita cerita apa simptom DENGGI ye.

Jaga diri. Jaga family.

Luv,
Hanys Jehari 👌

Thursday, August 20, 2015

KRIM AJAIB

Testimoni:
MALANG TIDAK BERBAU!

Benda dah nak jadi, tiada siapa yang meminta untuk benda yang tak elok kan.

5 Ogos yang lalu kami sekeluarga di kejutkan dengan berita Rayyan ( anak buah) terkena air panas.

Saya pun pos kan KRIM AJAIB kepada kakak, terlambat pulak krim tu sampai, tapi tak apa, kita usaha juga bagi cepat sembuh.

Alhamdulillah, hari ni dapat gambar dia yang terbaru dah kembali pulih. Kakak cakap lepas letak krim tu, jadi cepat kering:)

Ada yang nak cuba krim ajaib?

Hanya rm35 sahaja. Memang berbaloi😀😀

Hanys 012 3594276

Wednesday, August 19, 2015

AMALAN2 ROHANI UNTUK MENGHILANGKAN STRESS

Sebagai seorang muslim, kita kena letak 100 % kebergantungan kepada Allah selain berusaha di dalam apa jua keadaan. Antara amalan2 rohani yang kita boleh amalkan bila menghadapi stress:

1) Berwuduk☺
Bila kita stress, cepat2 ambil wuduk.Inshallah jiwa kita akan lebih tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk.

2) Berdoa kepada Allah☺
Waktu2 mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah, hari hujan. Inshallah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar2 ikhlas.

3) Banyakkan membaca Al-Qur'an☺
Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu. Jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab kita sepanjang waktu especially waktu2 stress.

4) Banyakkan Amalan Sunat☺
Antaranya, mendirikan solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Paksa diri bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

5) Mengadu hanya kepada Allah☺
Bila kita menghadapi tekanan, masalah atau ditimpa musibah, mengadulah pada Allah. Allah adalah sebaik2 tempat mengadu.

6) Bersangka baik pada Allah☺
Didik hati untuk selalu bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya ada hikmah disebalik ujian yang Allah turunkan.

Luv,

Hanys

Tuesday, August 18, 2015

Monday, August 17, 2015

Time Stamped

30 tahun. 11 bulan. 29 hari.

Friday, August 14, 2015

Detik paling lama bersama Emak

Assalamualaikum.

Lepas kahwin, paling lama saya balik jerantut maybe 4 hari.. 4 hari dapat tengok mak. Tapi tak 24 hour dengan mak.

Bila dapat peluang bawa mak UMRAH, 10 hari tu adalah detik paling lama, paling bermakna buat saya.
Saya bersama mak dari saat check in kat KLIA.. sampai la saya lepaskan mak balik ke rumah adik lepas kami tiba di KL. ikut hati.. nak je follow mak. Tapi sedar diri, dah bersuami, ada mak mentua.. saya simpan hasrat tu diam diam.

Saya bersama mak.. layan mak. Jaga makan minum mak dalam flight.. tidur atas bahu mak (instead of husband).. peluk mak bila sejuk. I share everything with her.

Pergi masjid nabawi dengan mak. Cuma.. bila Allah uji saya datang uzur sekejap, husband yang bawak mak ke masjid.

Ke raudah dengan mak. Solat ngan mak. Ngaji ngan mak. Minum air zam zam dengan mak. Apa sahaja.. semuanya dengan mak. Shopping ke window shopping ke.. semua dengan mak. Beli kebab pun dengan mak. Husband pun entah ke mana dah. Hehe.

Buat niat umrah dengan mak. Melawat tempat bersejarah dengan mak. Saya sedaya upaya tak kan tinggalkan mak.. buat umrah.. saie tawaf dengan mak. Segalanya!

Saya ni degil orangnya😁. Masa kecik pun selalu hilang sebab tak dengar cakap. Kat mekah.. saya diuji dengan degil mak. Hehe. Dia tak mau dipegang. Saya cakap.  Mak jangala degil.  Pegang telekung along. Nanti hilang susah nak cari.. hehe.  Last last saya yang pegang telekung mak.

10 hari.. tak terasa langsung masa berjalan.  10 hari yang indah. 10 hari yang saya tak hirau kpop ke.. keje opis ke..

Semuanya tenang.

Bila la lagi saya dapat spend detik detik dengan mak.

"Ya Allah, murahkanlah rezeki masa ku. Supaya aku dapat spend masa untuk ayah aku. Supaya aku dapat berbakti"

Rindu mak.

Rindu mak.

Luv,
Along.

Tuesday, August 11, 2015

5 Tips Kurangkan ketagihan Kafein

Assalamualaikum.

Hola!

Since saya pernah ketagihan kafein yang amat sangat sejak di universiti..  saya nak share.. apa yang saya buat untuk buang ketagihan ni.

1. READ! banyakkan pembacaan tentang keburukan kafein, 3 in 1.. dari pembacaan kita akan tahu betapa la tak bestnya benda tu semua.

2. Dah baca, tapi masih nak minum.. saya buang gula. Saya hanya minum nescafe, indocafe tanpa gula. Saya bancuh pekat.. saya minum. Mula mula memang la pahit.. lama lama.. sedap pulak.

3. Saya amalkan tips kat atas berbulan.. then saya try bancuh.. tapi tak minum.
Sedut bau sahaja.. buat hilang mengantuk. Pelik? Haha.. ada aku kezzah..😁

4. Bila dah bosan.. saya stop sendiri! Walla! Berjaya dah hilang ketagihan...

5. Risau mengantuk sebab tak ada kafein? Ambil lah OMEGA GUARD SHAKLEE. Serius, membantu untuk kekal segar, fikiran laju dan fokus. Despite of it, ia juga menjaga JANTUNG kita..

Jadi.. jadi.. dah tiba masa untuk kita berubah. Jangan ikut sangat cara hidup barat...pagi pagi kena minum kopi.

Sekarang hidup kena sihat.. jaga diri. Jaga hati. Untuk terus beribadat dengan baik. Untuk terus sihat disamping family.

Luv,
Hanys Jehari
012 3594266

Saturday, August 8, 2015

10 Perkara Kurangkan Rezeki

1.Tidak menghormati ibu bapa dan memanggil mereka menggunakan nama.

2.Memutuskan silaturahim bersama keluarga dan saudara mara

3.Mempunyai tabiat berdusta dan menipu

4. Tidak membantu mereka yang memerlukan

5.Terlalu banyak tidur

6.Sentiasa kedekut dengan milikan sendiri

7. Tidak mengambil endah kebersihan diri dan keliling

8.Terlalu banyak berhibur

9. Terlalu berkira-kira sesama suami dan isteri

10. Tidak mendokan ibu dan bapa sama ada mereka masih hidup atau telah tiada
Untuk mengelakkan perkara-perkara di atas, bukannya susah pun. Hanya sedikit usaha yang boleh mengelakkannya supaya dijauhkan dari kita. Dalam kita mencari-cari cara mendapat rezeki, awas pada perkara-perkara yang mengurangkan rezeki kita!

Credit to Irfan Khairi.

Resepi : Strawberry smoothies

Low fat.
Full nutrien.

Smoothie biasa ada 2600 calorie ye. Itu calorie untuk 2 hari.. pengsan 😂😂

Yang ni? Less than 200 calorie😉

Wednesday, August 5, 2015

Siblings

Suka gesture ema pegang bahu saya.

Sayang adik adik saya..

Saya sulung. Hanya sulung tahu perasaan sulung. Semua di bahu. Senyum terukir walau beban. Demi adik adik ku😊

Tuesday, August 4, 2015

Susahnya nak kurus?

KENAPA SUSAH NAK KURUS? DAH DIET.. DAH MAKAN PIL KURUS MACAM MACAM JENIS... !

SEBAB USUS KOTOR!

Kenapa Kita Perlu cuci Usus?

1. Sebab sisa makanan berbentuk mukus akan terlekat di dinding-dinding usus

2. Kalau tak cuci nanti mukus akan berkulat & jadi hitam, busuk berlendir

3. Benda busuk akan jadi toksin kemudian kentut busuk, sendawa busuk, mulut pun busuk

4. Makan setiap hari tp usus dah tak boleh nak serap nutrien makanan sbb terhalang dengan mukus

5. Perut akan kembung, perut buncit, sembelit, kepala pening

Saya cuci usus dengan HERB LAX. Awak?

Luv,
Hanys Jehari

0123594266

KETAGIH KAFEIN

Assalamualaikum..

Siapa yang memang addicted to caffiene?

Kopi. Nescafe. Wonda. Pearl.

Saya pernah ketagihan kafein. Seriously bad.

Sampai pernah ambil pagi, tengahri, petang dan malam..

Dan tiada masalah nak tidur.. still boleh tidur.

Paling suka dulu.. minum PEARL KACIP FATIMAH errr.  Masa ni belum kawin. Tapi sebab sedap.. hentam je. 3 in 1.

Nescafe merah, hijau adalah perkara biasa.. 

Sampai satu tahap.. saya terjaga tengah malam. Jantung BERDETAK kuat.

Saya pegang dada nak redakan.. tapi still tak reda.

Esok jumpa doktor.  And he said, i should reduce my caffiene intake.

😂 slowly try untuk reduce.  Tapi gagal. Okla.. 3 cawan sehari.. huhu.

Habit tu di bawa sampai kerja..  sampai kahwin.

Wonda, memang kegemaran setiap pagi. Indocafe, nescafe.. 👍

Alhamdulillah.. start oktober 2014, saya berazam meninggalkan BAD HABIT ni.. dan alhamdulillah.. proud to say,

IM FREE FROM CAFFIENE ADDICTION!

Bagaimana saya buang ketagih kafein?

Nanti saya cerita ye..😊

Luv,
Hanys Jehari.