Friday, August 14, 2015

Detik paling lama bersama Emak

Assalamualaikum.

Lepas kahwin, paling lama saya balik jerantut maybe 4 hari.. 4 hari dapat tengok mak. Tapi tak 24 hour dengan mak.

Bila dapat peluang bawa mak UMRAH, 10 hari tu adalah detik paling lama, paling bermakna buat saya.
Saya bersama mak dari saat check in kat KLIA.. sampai la saya lepaskan mak balik ke rumah adik lepas kami tiba di KL. ikut hati.. nak je follow mak. Tapi sedar diri, dah bersuami, ada mak mentua.. saya simpan hasrat tu diam diam.

Saya bersama mak.. layan mak. Jaga makan minum mak dalam flight.. tidur atas bahu mak (instead of husband).. peluk mak bila sejuk. I share everything with her.

Pergi masjid nabawi dengan mak. Cuma.. bila Allah uji saya datang uzur sekejap, husband yang bawak mak ke masjid.

Ke raudah dengan mak. Solat ngan mak. Ngaji ngan mak. Minum air zam zam dengan mak. Apa sahaja.. semuanya dengan mak. Shopping ke window shopping ke.. semua dengan mak. Beli kebab pun dengan mak. Husband pun entah ke mana dah. Hehe.

Buat niat umrah dengan mak. Melawat tempat bersejarah dengan mak. Saya sedaya upaya tak kan tinggalkan mak.. buat umrah.. saie tawaf dengan mak. Segalanya!

Saya ni degil orangnya😁. Masa kecik pun selalu hilang sebab tak dengar cakap. Kat mekah.. saya diuji dengan degil mak. Hehe. Dia tak mau dipegang. Saya cakap.  Mak jangala degil.  Pegang telekung along. Nanti hilang susah nak cari.. hehe.  Last last saya yang pegang telekung mak.

10 hari.. tak terasa langsung masa berjalan.  10 hari yang indah. 10 hari yang saya tak hirau kpop ke.. keje opis ke..

Semuanya tenang.

Bila la lagi saya dapat spend detik detik dengan mak.

"Ya Allah, murahkanlah rezeki masa ku. Supaya aku dapat spend masa untuk ayah aku. Supaya aku dapat berbakti"

Rindu mak.

Rindu mak.

Luv,
Along.

No comments: