Saturday, August 22, 2015

Meninggal Dunia Kerana Denggi

BAHAYA DENGGI

Assalamualaikum..
DENGGI dengan nyamuk adalah sinonim Dan mudah kita nak faham..

Bahayanya denggi adalah ia menyerang manusia Tanpa mengenal usia,kanak-kanak Seawal usia 2tahun sehingga kepada orang dewasa.

Ramai kaitkan Sikap manusia punca masalah denggi tidak dapat ditangani..

Ya,Itu tidak dapat kita nafikan..
Dan masalah denggi lebih membimbangkan dikawasan Bandar..berbanding luar Bandar.

Denggi adalah penyakit berjangkit,
Dan sehingga kini tiada penawar khusus untuk masalah denggi.

Menurut pembacaan saya,
Begitu mudah virus denggi itu dipindahkan,
Hanya dengan gigitan nyamuk yang dijangkiti denggi mahupun orang yg sudahpun dijangkiti..

Virus denggi jadi lebih bahaya Bila antibodi badan seseorang itu lemah,

Sistem pertahanan badan Akan mengambil sekurang-kurangnya sehingga 10hari untuk pulih, atau mungkin lebih panjang lagi..

Sayangi diri,Sayangi mereka yang ada dengan kita..

Saya sendiri pun pernah terlantar 6 hari kat wad kerana denggi. Nanti saya cerita jerit perih denggi ya..

Dalam family husband, kakaknya sendiri MENINGGAL DUNIA kerana denggi. Dari denggi biasa menjadi DENGGI BERDARAH. and its hurt. Saya pun tak sempat jumpa 'kakak ipar' saya tu.

Apa yang saya tahu dan faham.. sesiapa yang dah kena denggi, risiko untuk kena kali kedua sangat besar. Sebab pertahananan badan dah lemah.. jadi wajib kita build pertahananan badan yang kuat💪.

Insya Allah.. moga kita dilindungi Allah😊

Nanti kita cerita apa simptom DENGGI ye.

Jaga diri. Jaga family.

Luv,
Hanys Jehari 👌

No comments: