Monday, August 24, 2015

Pengalaman DENGGI part 1

Assalamualaikum dan hola!
Saya dah janji nak cerita pengalaman saya menghidap DENGGI kan.
Cerita ni dah lama. Tahun lepas. Bulan 11 2014.
Bermula dengan GUSI saya bleeding tiba tiba pada hari SELASA. Tanpa sebarang action. Macam gosok gigi ke. Tertusuk tulang ke. Ianya tiba tiba. Tengah kerja ni...rasa hanyir dalam mulut. Saya ambil tisu, dan GUSI BERDARAH.
Saya abaikan. Petang tu berdarah lagi.
Esok nya berdarah lagi. Petang esoknya saya dah tak sedap badan.
Khamis saya MC sebab demam. Jumaat saya kerja semula sebab suhu dah turun tapi BADAN saya sakit sangat.
Hari Sabtu, saya banyak terlentok. Pergi klinik, bagi ubat demam macam biasa.  Terbaring. Badan sengal. Macam bisa.
Ahad malam badan panas sangat sangat. Husband bawa saya ke ICU Kpj shah alam.
Suhu dh 40 darjah cel. Check darah.  Platelet darah saya dah menurun dari minimum. Normal 150-160.
Saya punya masa tu 90. Terus admitted. Dengan tak bawa baju. Memang sehelai sepinggang. Paling saya takut, kena cucuk kat tangan tu. Tempat drip dan isi ubat. Serius sakit dan saya menangis. Besar kot jarum tu..
Bilik single dan double penuh, jadi dapatla bilik 4 orang.
Aircond sejuk. Memang tak cukup la selimut tu. Sorang sorang sebab husband tak boleh teman. Bising dengan keadaan sekeliling.
Pukul 3 pagi, tetiba ada orang letak temp kat telinga saya. Memang terkejut. Terus tepis.
Rupanya nurse. Suhu masih 40. Kemudian doc datang.. cakap saya confirm denggi. Terus drip air. Memang tak boleh bergerak. Nak pergi toilet pun kena panggil nurse.
Pheww. Panjang ni cerita... nanti saya sambung lagi.. bila tekak langsung tak nak makan. 
Luv,
Hanys jehari.
Jaga diri. Jaga hati.❤  Siapadiriku

No comments: