Wednesday, August 26, 2015

Pengalaman Denggi part 2

Assalamuaalaikum dan hola!
Jom sambung cerita DENGGI.
Hari isnin, tekak saya start rasa PERIT sangat. Makan memang dah tak lalu langsung. Saya makan hanya for the sake alas perut dan makan ubat.
Lengan dah berlubang lubang kena cucuk ambil darah. And its not getting better. Dari 90 ke 60. Suhu badan tak berkurang. Doktor dah start risau.
Doktor bagitau husband, bagi apa sahaja yang dia nak makan. Asalkan dia makan.
Tapi, memang TAK ADA SELERA. nope, TEKAK PERIT. memang tak mampu telan. Husband offer dominos, kfc.. apa sahaja fevret saya. Tapi semua reject.
By the way, agen prudential saya datang. Dia suruh tukar bilik single. Katanya, anis layak bilik single. Jangan buat malu akak.  Hehe. Terbaik la kakak agen saya tu.. sebab tu penting cari agen insurans yang kita kenal dan boleh adjust (eh promo plak).
Petang tu tukar bilik. Husband dah bawak barang fevret saya, bantal peluk dan selimut.
Husband pun dah start bawa sup ketam. Ketam is always my fevret.. tapi, saya tak mampu makan. Sebab it turns out, sangat TAK SEDAP! rasa nak pitan makan. Sampai sekarang rasa tu terngiang ngiang kat tekak.. and i guess, im not into ketam anymore.
Husband paksa minum air 100plus, air daun betik, performance drink shaklee.
Platelet darah dah start naik hari rabu. Suhu dah turun. Muka dah kembang sebab dah dekat 10 bag air drip.
Family dari jerantut datang. Rupanya bila kita disahkan denggi, nama terus di hantar ke jabatan kesihatan. Mereka akan call tanya kita pergi mana dalam dua minggu.
Rumah jerantut, subang semua kena fogging. Hew hew..  baguslah kan. Ada langkah prevention.
Hari khamis patutnya dah boleh discharge. Tapi lepas lunch, saya muntah muntah. Bintik merah baru start naik kat tangan dan kaki. Gatal sangat. Tapi tu kata doktor tanda virus start keluar.
Jadi, hari jumaat la discharge. Lepas confirm dah tak muntah. Platelet 130. Acceptable.
By the way, memang tak ada ubat untuk denggi ni. Masa saya kat hospital pun, hanya ubat demam je diberi. Untuk denggi, akan drip air je. Drip. Drip. Drip. Yang tahap kronik akan drip sel darah putih.
Kena minum banyak air untuk buang virus.
Isotonik drink antara yang terbaik la. Tapi siapa sanggup duk minum100plus yang bergas tu kan? Silap silap kena diabetic
Sebab tu saya minum Performance Drink shaklee. Rasa oren. Tak ada gas. Fresh. Dan saya pastikan Vitamin C 500mg, saya ambil 2 biji setiap hari. Sampai sekarang. Untuk pastikan antibodi badan kuat untuk block serangan  denggi kedua.
Ada sesiapa yang nak share pengalaman denggi?
Jaga diri. Jaga hati ❤
Luv,
Hanys Jehari.
Certified Shaklee Distributor.

6 comments:

Nadiah Suhaidi said...

Husband pun pernah kena denggi. Susah rasanya sebab tak cukup tangan handle rumah hehe. Btw memang fav Performance Drink tu!

ainniah said...

laaa kena denggi ker? mmg hydration jer main treatment.
thanks to performance drink la kan. :)

Encik Gajah said...

Salah satu tips nak cepat naikkan platlet darah ialah minum air rebusan ketam atau minum air rebusan pucuk betik (ini superb pahit..minum 2 kali dah terus rasa nak muntah) Hehe

Eina Md Ali said...

Husband Eina pernah kena Denggi. Amalkan Vivix & banyakkan minum air. Alhamdulillah walaupun platlet agak tinggi, tapi still terkawal. Lepas minum air rebusan pucuk betik, ok dah platlet dia. Hehe memang pahit

Hanys Jehari said...

Memang amalkn dua2 ni.. smpai trauma ketam😂

Hanys Jehari said...

Pucuk betik tu pahit sagt😂.. tk tau plak vivix helps..