Friday, June 17, 2016

Assalamualaikum!

Ramai betul bercita cita nak kurus, nak lose weight kan.

Mampukah kita lose weight di bulan Ramadhan ni?

Boleh je sebenarnya, tapi dengan beberapa syarat.

1. Jangan minum air manis berlebihan. Cukup satu cawan.

2. Jangan makan lupa dunia. Berhemah.

3. 1 main menu sehari. Bukan bermenu menu. Contoh mee kari dan murtabak. NO!
kalau hari ni mee kari, esok la pula murtabak. Insya Allah tak lari ke mana murtabak tu.

4. Jangan beli makanan di bazar macam esok dah raya. Berpada pada.

5. Jangan jadikan diri anda TONG SAMPAH atau ikan DBKL.. sapu semua makanan tak habis.

6. Jangan lupa SAHUR!

Saya dah hilang 2.6kg dalam 10 ramadhan ni. Anda? ❤

Love,
Hanys ❤


Thursday, June 16, 2016

Cara untuk minum 8 gelas air ketika Ramadhan

Alhamdulillah.

Ramadhan 11 sudah 😊.
Still standing kan?

Jom kita kongsi tips macam mana nak pastikan badan kita dapat 8 gelas air setiap hari. Almaklumlah bulan puasa ni.. ramai prefer air manis instead of air kosong.





1 Gelas Selepas Bangun Sahur 
[ ni memang amalan biasa, bagus untuk digestion]
1 Gelas Selepas Sahur
1 Gelas Selepas Azan Magrib
1 Gelas Selepas Solat Magrib
1 Gelas Selepas Makan
1 Gelas SelepasSolat Isyak
1 Gelas SelepasSolat Terawikh
1 Gelas Sebelum Tidur



DONE!
Cukup 8 gelas sehari

Jangan lupa tau.

Nak kulit cantik dan sihat, kena minum cukup air.

Love, 
Hanys❤

Saturday, May 14, 2016

Kulit cantik pakai apa?

Assalamualaikum!

Hello!

Tinggal lagi 3 minggu nak puasa kan? Lepas tu nak raya. Eh tunggu ramadhan atau tunggu rayaπŸ™ˆ?

Raya nanti ramai nak kahwin eh? Nak kahwin mestilah nak kurus, nak kulit cantik kan?


Saya suka tengok kulit orang cantik. Make up pun tak perlu tebal tebal. Kalau make up pun tahan lama. Tak ber kerak.

Apa itu kulit cantik?

Ada yang cakap kulit cerah tu cantik. Ada yang cakap kulit sekata tu cantik. Ada yang cakap kulit flawless tanpa cela tu cantik.

Definasi orang berbeza. So, bila orang cakap kulit saya flawless (uhuk uhuk, perasan jap), saya confuse yanga mana? Haha.

Alhamdulillah, kulit ni susah nak naik jerawat. Kalau nak naik pun time stress, busy dan salah pakai product.

Orang tanya pakai apa?

Kalau bab skin care luaran kulit ni, saya percayakan produk Korea. Etude House as Bb cream dan pencuci muka, dan Laneige sebagai krim malam dan peeling.


Bagi saya, kulit yang sihat datang dari dalam diri kita. Apa yang kita makan determine kulit kita.

Kalau usus tak sihat, pun kulit tak sihat. So kadang kadang saya buat Detox. Makan DTX shaklee, dan Herb Lax untuk cuci usus.
Usus dah sihat, jangan lupa feed sel darah putih 'makanan' yang secukupnya. Saya amalkan Vitamin C 500mg sustained released Shaklee. 2 biji pagi atau malam.

Sebab apa dua biji? Sebab setiap jam, badan akan dapat 200mg vitamin C untuk 5 jam.. best kan?

Tapi, tak ada lah kulit terus elok esoknya. Mestilah TAK!  Its take time. Dalam dua minggu, sebulan. Insya Allah kulit yg kusam akan start glowing. Jerawat pasir berkurangan. Ada yang hilang terus. Parut pun start memudar.

Seban apa saya suka Vitamin C shaklee ni? Bukan lah sebab saya pengedar pun.. tapi sebab harganya berbaloi.

Mana nak dapat Vit C 500 mg yg released 100mg setiap jam, 180 biji ( kalau makan sebiji sehari, tahan 6 bulan), denfan harga RM94 sebotol?

Plus, Shaklee is well known brands. More than 50years in Malaysia n worldwide. Dengan reserach berjuta setahun. I put my trust in Shaklee, compares to other products.

So, saya cuma nak share sahaja. Kadang kadang saya rasa sayang sangat kulit muda muda dah rosak.. tak jaga elok elok. Saya pun mula lambat dengan Vit C ni.. umur 28 baru nak start. So, jeragat ada sikit la, hasil 28 tahun yang ignorance tu. Haha.

Hanys 😘

Wednesday, May 11, 2016

Brownies Kedut Hanys Jehari

Brownies kedut versi Hanys Jehari

Brownies simple
==============
A***
1. 250 buttercup lite
2. 250 coklat masakan (saya guna choc compond dark Beryls)
(Buttercup + coklat dicairkan guna water boil)
B***
3. Telur 3 biji
4. Gula 1 cawan (nak manis, tambah la lagi)
5. Esen vanilla
(Pukul bahan atas sampai gula tak nampak berpasir, tapi kalau boleh elak pakai mixer nanti kembang sangat terus jadi kek choc)
C***
6. Tepung blue key self raising 2 cawan
7. 3 sudu serbuk koko (optional)
Campurkan A dan B. Just kaup kaup je. Jangan pe4gi beat pulak. dah sebati masukkan C sikit sikit. Tak perlu pakai mixer pun. Kaup balik je.
Sampai la mix bebetul.

Alas tray 9x9, (kalau rasa tebal sangat, pindah sikit ke tray 7x7)- sebab saya suka yang tak tebal, dengan kertas minyak. 

Tuang dan bakar 160 utk 10 minit pertama. Then 150 untuk 20 minit seterusnya.dah masak biaq dalam oven 20 minit ye. Jangan terus keluar.

Ada yang cakap jangan masuk peti ais, mine doesnt matter. Lepas bawak kuar dari peti ais, bagi masa dia back to normal temperature. 

Kalau nak letak badam pun boleh letak sebelum bakar. Choc chip saya suggest letak bila dah masak separuh. Or else akan tenggelam.

Tips: jangan over beat, jangan over baked. 

Selamat mencuba. 

Saturday, April 2, 2016

Bila doktor tidak percayakan supplements..

S
atu perkongsian...

Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sb APA, sb saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sb kwn saya pm so saya beli saja. Tapi sb saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sb sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya. Hanya amalkan calcium,obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung. Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bygkan mengandung nak kerja lama2. Sigh. Memang rasa nk nangis. Mmg nangis pun. Tp rezeki Allah S.W T nak bg juga. Anak kedua masih alahan. Tak suka tgkp gmbr sb asal letak gmbr kt fb, kwn2 doktor sibuk serbu.

Hb berapa?? Low?? Kenapa pucat??

Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 mlm saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dgr. Balik rumah nangis2 bgtahu suami saya dah tak tahan mcmni. Ada byk bulan lagi. Saya penat. Setiap mlm 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.

Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.

Laa dah nak kalsium tak minum susu mcm mana.

Masin mulut dia gula saya tgi. Terus tersentak.

Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik utk cuba ESP. Saya yg anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya tak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam.

Beliau suggest Osteomatrix dan ESP.

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.

Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki mlm2. Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 mlm pun saya senyum, gelak2 usik pesakit saya. Saya happy sgt sb saya sihat dan kuat. Saya bertenaga. 

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni?

Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.

Staffa mula tegur doktor berseri skrg ni. Tak pucat.

Pesakit mula tegur doktor mengandung nmpk berseri. Kulit doktor cantik.

Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.

Hidung,pipi, dagu smua jd tegang. Mmg awet muda. Hahahaha.

Terus mana2 ibu mengandung yg nangis2 depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka smua ckp dah bleh bgn pagi2.

Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis. Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung. Saya enjoy mengandung.

Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal.

Bila Allah tarik baru kita terasa.

Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya tuk tlg ibu lain dri rasa apa yg saya rasa.

Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

DR Hasifah, happy Shaklee user😊😊😊😊

#elaila
#GLCTeam
#ESPbest

Friday, April 1, 2016

Butter Chicken Simple

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese (optional)
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr 
Garam


Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb gula
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap dalam 20 minit. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam minyak biasa. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese (optional).

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam (optional)dan perasakan la ikut sedap. 

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Hanys,
Main masak masak 

Tahun keempat...

Alhamdulillah...

Its been 4 years!

Bukan mudah juga nak capai takat ni. Macam macam ujian. Ujian kecik besar Allah bagi.
We fight, we make up. We argue, we make up.

Fight about space. Financial. Hobbies. Family. Time.

Hahaha.

Alhamdulillah. Still standing.

Kenal dari umur 13 tahun. Bercinta dari umur 21 tahun. Kahwin sejak umur 28 tahun.

Bukan tiket nak cakap, we know each other well. Baaaanyak sangat kami belajar lepas kahwin.

Dan masih belajar.

4 tahun family belum bertambah. Well, its okey. Allah knows better.

Doakan yang baik baik ya.

Hanys
1 april 2016

Tuesday, March 15, 2016

Resepi ESP yang BEST


ANTARA RESEPI ESP YANG BOLEH TRY
1)  1 sudu bancuhan ESP + Air Suam
ingatt, jangan bancuh dengan air panas ok, bancuh dengan air suam/masak je. Kalau bancuh biasa akan dapatkan keaslian rasanya
2) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)
Macam Irine try dekat gambar atas tu :) Try lahh, trust me! memang sedap.
3) 1 sudu bancuhan ESP + Milo
4) 1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren
5) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma
(kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)
6) 1 sudu bancuhan ESP + Ribena 
7) 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1
8) 1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum
9) 1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend
(boleh pilih buah kegemaran anda)
10) 1 sudu bancuhan ESP + Horlicks
11) 1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss
12) 1 sudu bancuhan ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake
Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP
=====================================
Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (suggestkan 2x sehari ye.)
Macam Hanys sendiri,  jenis kadang2 terlupa nak makan waktu pagi, so breakfast Hanys akan replacekan breakfast Hanya dengan ESP sebelum buat apa kerja. Hanys sangat suggestkan sape yang pegi kelas/kuliah/kerja awal awak pagi tak sempat makan, pleaseeeeeeee minum ESP.hehe! Boleh elakkan perut korang berbunyik pelik. Tak da la bunyi lagi kpop ke.. kencorong ke... ESP ni boleh mengenyangkan kita tau, so time belajar/kerja rasa selesa je selain kekal bertenaga lama.
Tips ESP
==========
Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi.
Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal. Tapi depends juga pada keperluan protein seseorang..
Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut.
Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul. Hanys suka yang ketul ketul ni..  sedap dap dap 
REMINDER : srkarang ada shaker dah.. memang best.. 
Ingin mengetahui best price untuk ESP Yes! jauh lebih murah dan ni adalah harga promo ye!
Jom whatsapp hanys 012 3594266
#jagadiri #jagahati

Macam mana nikah baru 4 minggu, dah pregnant 6 minggu?

Bunting Pelamin

Ramai yang buat macam macam cerita bila ada yang dah pregnant even baru kahwin 4 minggu, upt dah possitive.
Jom kita tengok..

Credit to share di FB:

Satu situasi. Katekan lah seminggu sebelum kawen org tu dtg period. Seminggu lebih lepas tu plak die kawen. Jadi time kawen tu, die mungkin berada dalam waktu subur.

Pastu lekat terus mengandung, due date baby pulak dikire dari tarikh hari pertama dia period tu. Jangan pelik kalau time tu baru kawen 4 minggu tp janin dalam perut dh 6 minggu. Sebab dia kira dari hari first period tuuuu. Due date biasanya doctor bagi 40 minggu. Tapi paling awal bleh lahirkan baby 37 minggu. Kalau kurang dr tu, maknenye premature baby.

Jangan judge orang mengandung anak luar nikah sesuka hati weeh. Tak takot dosa ke. Sampai selidik tarikh kawen orang tu bagai. Astagfirullah hal azim.

So tak pelik lah kalau kawen januari, besalin oktober.

Contoh je ni ye ;
Tarikh period hari pertama (first day of last mentrual period) - 1 jan
Tarikh kawen - 15 jan
Tarikh check upt - 12 feb

So pada 12 feb tu. Kandungan dah 6 minggu. Padahal kalau ikutkan kawen baru 4 minggu. Due date plak bila 40 minggu, 7 oktober. Gittu la lebih kurg. Sebab mmg doktor akan kira usia janin start dari hari 1st kita period. Bukan hari first bersetubuh. Itu cara kira dia.

Jadi, jangan buat cerita eh. Kasihan yang menjaja cerita, dapat dosa kering. Lebih baik membunuh dari membuat fitnah 😊

Love,
Hanys

Sunday, February 28, 2016

Brownies mudah dan sedap

Brownies simple
==============

A***
1. 250 buttercup lite
2. 350 coklat masakan
(Buttercup + coklat dicairkan guna water boil)

B***
3. Telur 4 biji ( gred A or B)
4. Gula 1 1/4  cawan
5. Esen vanilla
(Pukul bahan atas sampai gula tak nampak berpasir)

C***
6. Tepung blue key self raising 1 3/4  cawan
7. 3 sudu serbuk koko (optional)

Campurkan A dan B. dah sebati masukkan C sikit sikit. Tak perlu pakai mixer pun. Kaup balik je.
Sampai la mix bebetul.

Alas tray 9x9, dengan kertas minyak. Tuang dan bakar 160 utk 15 minit pertama. Then 150 untuk 30 minit seterusnya.

Kalau nak letak badam pun boleh letak sebelum bakar. Choc chip saya suggest letak bila dah masak separuh. Or else akan tenggelam.

Selamat mencuba.

Tuesday, February 2, 2016

Pencuri Hati

Nak dengar lagu Pencuri Hati ?

Pencuri Hati by Ayda Jebat

https://open.spotify.com/track/6S4FeoNJnFbiOatONekJVh

Pencuri Hati by Ayda Jebat

Lirik Pencuri Hati ost Isteri vs Tunang
by Ayda Jebat
=============================

AJ

Ahh ahhh

Jam di dinding terus berdetak ah
Kakiku jugak terus berjalan an
Tapi mengapa tak kau lepaskan
Tatapanmu dari diriku u u
Menembus hingga jantung ini terasa akan terhenti

*chorus
Semua yang ada ada pada dirimu membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say u love me
Love me say u love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hati ku
Come on baby say u love me

Tak kuasa ku menahan rasa ah
Dup dap dup dap dup
Hati ku makin semakin berdebar ah
Dup dap dup dap dup
Tapi mengapa tak kau lepaskan
Tatapan mu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa akan terhenti

Chorus *

Dap dup dap dup

1 2 senyum manis mu
3 4 lirik matamu

Dengan tawa tawa riang mu
Bikin hatiku jadi rapuh
si pencuri hati ku
kau pencuri hati ku

Chorus *

Say you love me

Please don't hate me yeah

Love me love love me

Hey AJS

Love me love me love me

Credit to #AJSFamily yang bertungkus lumus salin lirik 😁


Saturday, January 9, 2016

4 KEBAIKAN PLANK YANG PERLU ANDA TAHU

1. Membina otot perut

Plank membantu membentuk bahagian dalaman perut bagi membentuk otot six-packs. Semakin kuat otot perut, bahagian tengah perut akan menjadi lebih tegang dan kuat. Jika dilakukan secara berkala anda akan dapati perut semakin kempis.

2. Mengurangkan sakit belakang

Senaman ini juga berkesan mengurangkan sakit belakang kerana pergerakan pada bahagian belakang menguatkan otot perut.

3. Meningkatkan fleksibiliti semasa dan menguatkan otot

Plank juga membantu meningkatkan fleksibiliti pada bahagian belakang badan serta menguatkan otot hamstrings dan menyamaratakan bahagian kaki sehingga telapak kaki.

4. Membantu membetulkan mood

Setiap jenis senaman mampu membangkitkan mood dan plank salah satu jenis senaman yang membantu membangkitkan rasa ceria. Plank adalah senaman yang unik, walaupun ia membantu untuk meregangkan otot yang menjadi tegang pada masa sama ia turut memberikan kelegaan kepada otot lain.