Friday, April 1, 2016

Butter Chicken Simple

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese (optional)
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr 
Garam


Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb gula
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap dalam 20 minit. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam minyak biasa. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese (optional).

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam (optional)dan perasakan la ikut sedap. 

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Hanys,
Main masak masak 

No comments: