Friday, June 17, 2016

Assalamualaikum!

Ramai betul bercita cita nak kurus, nak lose weight kan.

Mampukah kita lose weight di bulan Ramadhan ni?

Boleh je sebenarnya, tapi dengan beberapa syarat.

1. Jangan minum air manis berlebihan. Cukup satu cawan.

2. Jangan makan lupa dunia. Berhemah.

3. 1 main menu sehari. Bukan bermenu menu. Contoh mee kari dan murtabak. NO!
kalau hari ni mee kari, esok la pula murtabak. Insya Allah tak lari ke mana murtabak tu.

4. Jangan beli makanan di bazar macam esok dah raya. Berpada pada.

5. Jangan jadikan diri anda TONG SAMPAH atau ikan DBKL.. sapu semua makanan tak habis.

6. Jangan lupa SAHUR!

Saya dah hilang 2.6kg dalam 10 ramadhan ni. Anda? ❤

Love,
Hanys ❤


Thursday, June 16, 2016

Cara untuk minum 8 gelas air ketika Ramadhan

Alhamdulillah.

Ramadhan 11 sudah 😊.
Still standing kan?

Jom kita kongsi tips macam mana nak pastikan badan kita dapat 8 gelas air setiap hari. Almaklumlah bulan puasa ni.. ramai prefer air manis instead of air kosong.





1 Gelas Selepas Bangun Sahur 
[ ni memang amalan biasa, bagus untuk digestion]
1 Gelas Selepas Sahur
1 Gelas Selepas Azan Magrib
1 Gelas Selepas Solat Magrib
1 Gelas Selepas Makan
1 Gelas SelepasSolat Isyak
1 Gelas SelepasSolat Terawikh
1 Gelas Sebelum Tidur



DONE!
Cukup 8 gelas sehari

Jangan lupa tau.

Nak kulit cantik dan sihat, kena minum cukup air.

Love, 
Hanys❤