Friday, June 17, 2016

Assalamualaikum!

Ramai betul bercita cita nak kurus, nak lose weight kan.

Mampukah kita lose weight di bulan Ramadhan ni?

Boleh je sebenarnya, tapi dengan beberapa syarat.

1. Jangan minum air manis berlebihan. Cukup satu cawan.

2. Jangan makan lupa dunia. Berhemah.

3. 1 main menu sehari. Bukan bermenu menu. Contoh mee kari dan murtabak. NO!
kalau hari ni mee kari, esok la pula murtabak. Insya Allah tak lari ke mana murtabak tu.

4. Jangan beli makanan di bazar macam esok dah raya. Berpada pada.

5. Jangan jadikan diri anda TONG SAMPAH atau ikan DBKL.. sapu semua makanan tak habis.

6. Jangan lupa SAHUR!

Saya dah hilang 2.6kg dalam 10 ramadhan ni. Anda? ❤

Love,
Hanys ❤


No comments: